Aktiviti



PERJUMPAAN DENGAN ORANG KAMPUNG BAGI MEMPERSETUJUI SEBUAH PERJANJIAN


             Perjumpaan dengan orang kampung bagi mempersetujui perjanjian untuk memulakan penanaman cili yang akan dimulakan pada April 2013. Perjumpaan ini disertai Pegawai Pemasaran PPK Bukit Awang, Pegawai Projek Cili PPK Bukit Awang, para penanam Kampung Baru dan 3 orang pelajar praktikal. 

         Perjumpaan ini bermula dari jam 2 petang sehingga 5 petang. Perjumpaan ini dimulakan dengan taklimat tentang pergerakan projek ini yang akan dimulakan pada bulan April tahun ini. Penanam-penanam di Kampung Baru bersetuju dengan Projek Tanaman Cili yang akan dimulakan itu dan  mereka bersemangat untuk mula menanam.

              Harapan pihak PPK Bukit Awang adalah agar Projek Tanaman Cili ini berjalan dengan lancar dan penanam serta pihak PPK Bukit Awang sendiri akan sama-sama mendapat faedah atau keuntungan bersama.

1 comment:

  1. Harapnya projek ini akan berjalan dengan lancar. Projek ini sudah pun berjalan bermula awal bulan April tahun ini (2013).

    ReplyDelete